SETIAP stesen radio mempunyai cara tersendiri bagi memastikan pendengar terus setia dengan mereka.
Pelbagai perkara perlu diambil kira seperti seleksi lagu dan segmen, deejay radio juga memainkan peranan penting supaya memastikan pendengar tidak berasa jemu.
Begitu juga dengan stesen radio Suria FM yang sebelum ini menggandingkan dua selebriti iaitu Sharifah Shahirah dan Tyzo bagi mengendalikan segmen Suria Petang.
Namun selepas lapan tahun perkhidmatan, Tyzo meninggalkan stesen radio tersebut pada Mac lalu.
Susulan pengunduran itu, pihak stesen dilihat rancak membuat rombakan bagi memastikan kepuasan pendengar tidak terjejas.
Bagaimanapun, setelah melakukan beberapa perubahan akhir tempat Tyzo digantikan dengan dua penyampai lelaki.
Sehubungan itu netizen mengatakan pihak stesen memerlukan dua deejay semata-mata untuk menggantikan dirinya seorang.
Boleh dikatakan pengaruh Tyzo nyata memberi kesan sehingga memperuntukkan ‘kuasa’ dua penyampai untuk menggantikannya.
Namun, tidak kurang juga yang mempertahankan keputusan pihak stesen membuat percaturan baharu bagi menampilkan kelainan.
Siapa tahu taruhan baharu itu mampu memberikan impak luar biasa dan anjakan kepada stesen.
Apa-apa pun masing-masing mempunyai pandangan tersendiri
Diva mengucapkan semoga berjaya kepada semua pihak dan mengharapkan perubahan ini memberi 1,001 makna buat mereka semua.
DIVA: Betulkah ada yang kata dua selebriti sensasi saling berbalas komen dengan emoji hati berwarna putih?