Lepas kahwin, makin popular

ADAKALANYA populariti seseorang selebriti akan pudar selepas mendirikan rumah tangga tetapi lain pula yang berlaku kepada Redza Rosli.

Sebelum kahwin, memang jarang cerita mengenai dirinya berlegar  dalam media sosial tetapi kini berbeza. 

Populariti Redza semakin meledak bahkan isterinya, Bella Hanna , juga pelakon turut terkena tempias sama.

Ke mana sahaja mereka pergi, pasti mencuri perhatian dan ramai nak berswafoto bersama pasangan pengantin baharu itu.

Bukan itu sahaja, netizen turut memuji mereka sebagai pasangan yang sangat merendah diri dan tidak sombong setiap kali bertemu peminat. 

Diva suka betul dengar cerita artis suka melayan peminat. Sikap begitu yang perlu dipraktikkan oleh semua selebriti, bukannya hidung tinggi bila bertemu peminat.

DIVA: Ramai puji lakonan hebat Jack Tan dalam filem Gold. Tak sia-sia berlatih tiga bulan untuk mahir bermain badminton guna tangan kiri.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok