DALAM pantang pun suara tetap sedap! Itu pujian yang menghujani ruangan komen hantaran terbaharu Shila Amzah baru-baru ini.
Masakan tidak, nyanyiannya mendendangkan lagu Masing-Masing milik Ernie Zakri berjaya memukau dan mengubat kerinduan ramai.
“Saya sebenarnya rindu korang (kelab peminat Shila). Saya masih dalam pantang lagi, baru sahaja tiga minggu.
“Jadi, saya nyanyikan lagu ini, harap anda semua suka. Lagu ini memang suami (Ubai) minta sudah lama,” ujarnya.
Disebabkan itu, memang ramai memuji suara Shila yang tidak ada perubahan walaupun sudah melahirkan dua cahaya mata.
“Suara Shila ‘maintain’, sedap sangat.
“Seronoknya jadi Ubai boleh main ‘request-request’ lagu daripada isteri,” seloroh netizen.
DIVA: Sehingga kini Sophia Albarakbah masih sepi tidak keluarkan sebarang kenyataan membalas tuduhan Sarah Yasmine. Bagus!