Kembar Leona pula jadi sasaran netizen

SELEPAS Leona mencetuskan fenomenanya sendiri dalam media sosial, kini giliran kembar lelakinya iaitu Andika Rees Pahamin atau Rees pula menjadi perhatian umum.

Berbekalkan wajah yang kacak persis model, ramai yang mahu Leona mengajak Rees untuk muncul dalam video-videonya.

Kata netizen, Rees juga berpotensi besar untuk menjadi model. Amboi macam-macam permintaan pula netizen, menatang-mentanglah ada rupa.

Diva tak nafikan perkara itu juga tetapi kalau Rees sendiri tidak berminat untuk mendapat perhatian seperti Leona, tak guna juga.

Lebih baiklah bekerja seperti orang biasa sahaja sebab banyak tekanan dan kecaman perlu dihadap apabila sudah dikenali. Paling penting, jiwa kena kental.

Jadi, semuanya terpulang kepada Rees. Semua ini berpunca apabila Leona ada menyuarakan Hasrat untuk melatih kembarnya menjadi pempengaruh media sosial baru-baru ini. Luculah!

DIVA: Nampak ‘bimbo’ tapi realitinya Leona punya pemikiran sangat matang dan bijak apabila memberi pendapat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok