Hantar santau sebab cemburu 

KONTROVERSI perihal rumah tangga atau video panas melibatkan selebriti menjadi antara hal yang menghangatkan industri hiburan. 

Jadi tentu sahaja apabila ada artis yang ‘panjat’ ke mahkamah syariah akan mendapat perhatian sekali gus menjadi buah mulut masyarakat. 

Tetapi, ada yang lebih panas Diva dengar apabila dikhabarkan ada seorang artis yang sanggup menggunakan ilmu hitam kerana hasad dengki. 

Seram bukan? Mengapa sampai sanggup buat begitu sedangkan dia sendiri mencari rezeki dalam industri yang sama dengan mangsa. 

Menurut cerita yang Diva dengar, artis itu berasa kurang senang apabila rakan artisnya dilihat lebih menonjol berbanding dirinya. 

Mungkin kerana era kegemilangannya juga sudah pudar membuat dia tergamak berbuat demikian. 

Semoga mangsa yang terkena perbuatan ilmu hitam itu juga Diva mendoakan agar segera sembuh kerana dikatakan artis terbabit mengalami kesukaran untuk tidur dan kerap pengsan. 

Diva: Kasihan Leona apabila ‘lemak’ di bawah dagu sering dikatakan tiroid sedangkan sudah dua kali dia membuat pemeriksaan kesihatan. 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok