Azira Shafinaz diburu produser 

PENYANYI dan pelakon Azira Shafinaz kini semakin rancak muncul di kaca televisyen dan layar perak. 

Bukan sahaja menjadi pilihan stesen televisyen komersial, malah platform penstriman juga kerap menampil dia sebagai pelakon utama. 

Mungkin disebabkan itu boleh dikatakan kerap juga dia tampil dengan karya baharu. Drama terbaharunya, Kiblat Ke Syurga berjaya menarik perhatian penonton. 

Karya konsep kerohanian itu secara tidak langsung membuatkan namanya sebagai menjadi bualan di media sosial. 

Masakan tidak watak ‘penyondol’ muslimah yang bermain cinta dengan seorang ustaz muda pastinya membuatkan penonton panas hati. 

Namun, dalam pada rasa cinta kepada pendakwah itu, watak Nina yang dipamerkan Azira tetap berusaha untuk berubah dan mendekatkan diri kepada Tuhan. 

Difahamkan tidak lama lagi dia juga akan muncul dengan naskhah terbaharu menerusi platform digital. Nampaknya memang semua kategori Azira sapu bersih tidak mengira sama ada layar lebar, stesen televisyen mahupun aplikasi penstriman. 

Mungkin kerana kesibukan jadual kerja juga membuatkan pelakon berusia 32 tahun itu baru-baru ini kelihatan mengalami masalah kesihatan. 

Apa-apa pun diharapkan semoga Azira cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik. 

DIVA:  Pasti ramai yang kecewa apabila dapat tahu kumpulan De Fam mengambil keputusan tarik diri daripada program The Hardest Singing Show.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok