Amelia ‘lipsync’ lagu pun jadi isu pelik

SEJAK kecoh cerita putus cinta Amelia Henderson dengan Aedy Ashraf, ramai yang mula membuat macam-macam spekulasi tentang perkara tersebut.

Ada yang mahu hubungan mereka kembali pulih, nDI
amun terdapat juga sebaliknya. Macam-macam permintaan!

Kemudian, baru-baru ini Amelia mencuri perhatian netizen apabila memuat naik video menyanyi secara lipsync lagu L’Amour De Ma Vie nyanyian Billie Eilish.

Lirik lagu tersebut mengisahkan tentang bekas teman lelaki yang berjanji tidak akan mencintai orang lain, namun mungkir janji.

Mungkin Amelia hanya sekadar menyanyi berseronok dengan lagu tersebut tanpa mempunyai sebarang niat lain tetapi lain pula ditafsir netizen.

Terdapat segelintir netizen yang berpendapat lagu tersebut seperti mempunyai mesej untuk ditujukan kepada seseorang iaitu Aedy.

Paling kebetulan apabila Aedy juga dikatakan pernah memuat naik video menggunakan lagu sama sekaligus mencetuskan andaian bahawa mereka saling berbalas lirik lagu.

“Mereka ini sedang berbalas balas mesej melalui lirik ke?

“Macam ada maksud tersurat dan tersirat yang Amelia nak sampaikan. Seperti perli seseorang pun ada juga,” komen netizen.

Sudah-sudahlah ya semua membuat andaian sendiri. Tuan badan pun tak respons apa-apa, doa sahaja yang terbaik untuk mereka.

DIVA:  Pening betul kes tangkap khalwat Ruhainies dan Aliff Aziz. Berahsia sangat!

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok