SELEPAS berbulan-bulan dan berminggu-minggu berperang dalam media sosial, akhirnya keadaan kembali tenang.
Bukan tentang kekejaman Zionis terhadap Palestin tetapi mengenai kontroversi Aliff Aziz.
Sebenarnya belum berakhir pun tetapi keadaan yang tegang sebelum ini semakin terkawal.
Mungkin betul juga cadangan Erma Fatima dan Seniman yang minta semua individu terlibat buat laporan polis supaya tak kusutkan lagi keadaan.
Hasilnya, Sarah Yasmine pun tak boleh ‘spill’ macam-macam perkara berkaitan Aliff dan semua pihak pun semakin bertenang.
Tapi itulah, selagi Bella dan Aliff belum cerai secara rasmi, kes mereka tak akan senyap. Harapnya semua ambillah masa bertenang dan cukup-cukuplah keluarkan lebih banyak pendedahan.
Kalau nak buka aib lagi, di mahkamah sahajalah ya.
DIVA: Ramai dah bosan juga dengan cerita kontroversi Aliff Aziz.