Meerqeen potong rambut pendek pun trending

KALAU sudah namanya Meerqeen, gaya rambut baharu pun menjadi bahan bualan ramai sehingga trending dalam aplikasi X beberapa hari lalu.

Itu yang berlaku beberapa hari lalu apabila dia muncul dalam sebuah video dengan imej baru. Bak kata netizen, rambut botak!

Malah ada peminatnya memuji dia sanggup mengorbankan rambut demi watak yang dijayakan ketika ini.

“Bagusnya Meerqeen, sanggup buang imej lama dengan karakter. 

“Lain macam betul bila trending sebab gaya rambut baharu tapi memang makin kacak,” komen peminatnya.

Tak kisahlah rambut baharu atau tidak, Diva perlu akui lakonannya yang sebelum ini orang kutuk seperti kayu nampak sudah semakin baik.

Usahanya potong rambut demi karakter pun perlu diberi pujian sebab ramai sebenarnya pelakon keras kepala tak mahu berkorban demi watak lakonan mereka.

DIVA: Pasti gaya rambut Meerqeen akan jadi ikutan ramai nanti.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok