Amboi, ‘daring’nya Siti Hariesa!

ARTIS baharu dan pakaian mencolok mata memang berpisah tiada.

Itu yang Diva perasan situasi sejak kebelakangan ini dalam kalangan artis meningkat naik, termasuk Siti Hariesa.

Baru-baru ini, dia memuat naik foto hadir ke sebuah acara fesyen tetapi yang kurang sedap mata memandang adalah pakaian digayakannya.

Terdedah pada bahagian dada sehingga menonjolkan bahagian tidak sepatutnya.

Mungkin Hariesa hanya mengikut tema acara tetapi fikir panjanglah dulu sebelum berkongsi dalam media sosial.

Risau naik hantu pula kalau orang kecam. Elaklah daripada papar perkara yang boleh mengundang kecaman dan kebencian ramai. Belajarlah daripada artis yang lebih senior ya. 

DIVA: Jangan jadi artis degil dan rasa angkuh sehingga tak boleh terima nasihat serta pandangan orang lain.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok