SETIAP hari pasti ada sahaja cerita tentang Datin Intan Najuwa yang muncul dalam media sosial.
Tak pernah sekali pun namanya sepi lebih-lebih lagi sejak mendirikan rumah tangga.
Kemudian, baru-baru ini namanya jadi bualan lagi apabila ramai memuji imej baharunya dengan potongan rambut pendek.
Jenuh juga Diva lihat Intan nak menjawab pertanyaan netizen yang mempersoalkan kesanggupannya menukar imej daripada rambut ‘kepuk’ kepada potongan lebih pendek.
“Cukup dengan rambut ‘kepuk-kepuk’, sudah tiba masa untuk imej baharu.
“Rambut boleh tumbuh semula. Sekali seumur hidup, mengapa tidak?” katanya membalas komen netizen.
Diva pun akui memang Intan nampak lebih ‘hot’ dan muda dengan potongan rambut sebegitu. Macam anak dara pula!
DIVA: Lagu raya moden memang mendunia tahun ini, syabas!