Suami larang Uyaina ulas kemelut rumah tangga orang

SEBELUM ini, Uyaina Arshad pernah dicop sebagai individu ‘terpaling’ bersuara mengenai pelbagai isu, khususnya pergolakan di Palestin.

Uyaina memang aktif, terutama dalam aplikasi X sehinggakan ramai yang ternanti-nanti responsnya apabila muncul topik baharu.

Di sebalik kerancakannya melemparkan pendapat, dia sebenarnya sudah dilarang si suami iaitu Raja Shahiran agar tidak memberi ulasan mengenai isu rumah tangga individu lain dalam media sosial.

Nasihat suami yang akan saya pegang sampai bila-bila adalah jangan cakap, komen atau ulas hal rumah tangga orang lain. Langsung tak boleh,” katanya.

Bagusnya nasihat suami Uyaina, betullah risau apa yang kita lontarkan dalam media sosial akan berbalik kena batang hidung sendiri pula.

Harap cara Uyaina jadi contoh kepada selebriti lain agar tidak dilabel sebagai suka ‘menempel’ dalam semua isu.’

DIVA: Ramai tak puas hati tengok perkongsian Rita Rudaini mengenai kemelut rumah tangga Bella Astillah.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok