BEBERAPA bulan sebelum ini, kita dilambakkan dengan cerita perbalahan antara Shakilla Khoriri dan Fizi Ali mengenai penjagaan anak mereka, Ameena Sofia.
Saling menyalahkan antara satu sama lain sehingga naik mahkamah untuk menuntut hak masing-masing.
Tiba-tiba, Diva dapat tahu hubungan dingin tersebut pulih pada bulan Ramadan ini selepas melihat Fizi beberapa kali diberi kesempatan oleh Shakilla untuk bertemu anaknya.
Terus sejuk hati melihat hubungan baik mereka, malah Shakilla pun turut meninggalkan komen dalam hantaran Instagram Fizi yang teruja melihat Ameena berseronok dengan bapanya.
Perkara sebegini yang sentiasa diharapkan oleh orang ramai daripada selebriti yang sudah bercerai, tidak bermusuh dan berdamai demi anak.
Tak perlulah bergaduh dalam media sosial sebab perkara itu hanya akan melondehkan lagi aib masing-masing. Harap hubungan baik mereka berdua berterusan ya!
DIVA: Kasihan tengok Diana Danielle yang tidak henti-henti menerima pertanyaan tentang kehamilan sedangkan berat badan naik sebab kuat makan!