Neelofa berpurdah tetapi sakan bersolek

KASIHAN Diva lihat selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa apabila ada sahaja tindakan yang dilakukan tidak kena di mata netizen. Sudah bertutup litup berpurdah pun masih tidak boleh lari daripada kritikan yang seolah-olah sengaja mencari kesalahannya.

Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik Neelofa dalam Instagram, ibu dua anak ada berkongsi kegiatannya melakukan sesi fotografi.

Biarpun dalam keadaan berpurdah, namun Neelofa masih tetap bergaya dan memberikan sehabis baik gaya ketika beraksi di hadapan kamera.

Namun, lain pula pendapat netizen apabila menganggap apa yang dilakukan Neelofa, seolah-olah tidak sesuai dengan imejnya yang berpurdah.

Netizen mempersoalkan tindakan Neelofa yang bersolek sakan walaupun wajahnya ditutup dengan purdah.

Memang jelas dia menata rias bahagian mata dengan memakai ‘eyeliner’, manakala keningnya dibentuk rapi. Kata netizen, apa guna berpurdah, tetapi masih bersolek. 

Pun begitu, ramai juga yang terpesona dengan kecantikan isteri pendakwah bebas, Haris Ismail itu yang terlihat anggun, walaupun tidak lagi berkongsi wajah sepenuhnya.

DIVA: Rasa seram dengan pengakuan pelakon Elly Ariffin apabila menjadi mangsa cabul seorang ustaz.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok