Mewahnya lepas dapat menantu kaya

BARU-BARU ini, kenalan Diva sempat menghadiri majlis tayangan perdana sebuah filem tempatan di pusat beli-belah terkemuka negara.

Antara pelakon yang terlibat dalam filem tersebut adalah seorang pelakon veteran popular yang juga bapa mentua kepada pengarah terkenal negara.

Menurut cerita kawan Diva, semasa tayangan filem perdana itu, pelakon itu enggan ditemu bual wartawan.

Malah, majlis belum pun selesai, pelakon yang terkenal dengan loghat negeri Perak itu pulang awal, seolah-olah cuba melarikan diri, takut diserbu wartawan.

Tapi apa yang menarik perhatian Diva apabila diberitahu, pelakon itu dilihat mengenakan persalinan daripada jenama mewah antarabangsa.

Tidak tahulah sama ada baju sendiri atau ditaja. Dalam hati Diva, takkan dia ditaja pula oleh jenama mewah itu. Kalau Meerqeen atau Hun Haqeem, tak hairanlah.

DIVA: Makin terserlah kecantikan anak dara primadona terkenal Erra Fazira iaitu Engku Aleesya yang kini telah berusia 15 tahun.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok