Cantiknya Bella Astillah berhijab!

 PERKONGSIAN pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memakai tudung sewaktu menghadiri sebuah acara di Brunei baru-baru ini mendapat perhatian pengikutnya dalam media sosial.

Dalam perkongsian tersebut, isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz itu kelihatan sangat cantik dan anggun menggayakan gaun labuh berwarna biru dan tudung dengan rona putih.

Orangnya yang memang sedia cantik, kelihatan bertambah jelita ketika tampil dengan imej sopan. Disebabkan imej tersebut, maka ramai pengikut Bella meminta supaya dia kekal dengan memakai tudung.

Malah, ada segelintir peminatnya juga berharap agar Bella tidak lagi berpakaian seksi seperti sebelum ini.

Diva yang tengok pun, terkesima dengan kejelitaan Bella. Makin berseri-seri nampaknya!

DIVA: Bagus Zahirah MacWilson apabila enggan melayan atau membalas apa-apa kenyataan berhubung isu yang dicetuskan pelakon Fatiya Latiff.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok