Berhenti main Forex, suami Fatin Afifah ‘auto’ bijak

SUAMI kepada pelakon Fatin Afifah, Alif Awang menarik perhatian netizen apabila membuat pendedahan tidak lagi ‘bermain’ pelaburan mata wang asing atau dikenali sebagai Forex, sejak setahun lalu.

Kalau sebelum ini, Aliff atau lebih mesra disapa Opai, cukup bangga tayang kemewahan yang dimilikinya, hasil wang yang dijana dengan bermain Forex.

Dia punya bangga sampai bergaduhlah dengan netizen, ada yang naik menyampah dengan Opai kerana dilihat berlagak hidup mewah.

Tapi siapa sangka, hari ini Opai menyifatkan pelaburan mata wang asing itu sebagai benda bodoh dan percaya ada rezeki Allah yang lebih luas dan halal.

“Pasal Forex, kau jangan cakap dah pasal benda tu. Aku dah setahun tak buat benda bodoh tu, elok sahaja boleh hidup.

“Kau kalau fikir Forex yang boleh bagi kau makan, kena cari balik iman kau dekat mana. Aku yakin rezeki itu luas. Allah maha berkuasa,” ujarnya.

Kata-kata yang diluahkan Opai sekali gus memancing perhatian netizen apabila berseloroh dengan menyifatkan dirinya semakin matang dan bijak selepas meninggalkan dunia Forex.

“Sejak tak main Forex, barulah nampak bijak,” kata seorang netizen.

“Nampak makin matang. Mungkin sebab dah tak main Forex?” kata seorang lagi netizen.

Tapi berbeza pula pada pandangan Diva, apabila Opai kelihatan bertambah lebih kacak, berbanding sebelum ini.

DIVA: Siapa yang masih belum jejakkan kaki ke Bazar Ramadan sehingga hari ini, anda memang hebat! Kita geng!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok