Misai Fazziq Muqris bikin geram

BUKAN main lagi masing-masing apabila pelakon juga penyampai radio berwajah jambu, Fazziq Muqris tampil dengan imej berbeza.

Bekas peserta Hero Remaja itu sebelumnya memang dikenali dengan raut wajah comel ala-ala ‘baby face’.
Disebabkan bosan agaknya, Fazziq beralih angin ‘membela’ misai sehingga membuatkan wajahnya berubah menjadi seperti ‘daddy hot’.

Diva pun tak pasti sama ada itu misai betul atau palsu. Apa yang Diva tahu, penampilan terbaharu Fazziq itu bukan sahaja mencairkan hati peminatnya, tetapi hati Diva yang telah lama ‘sepi.’

Dalam komen Instagram, ramailah peminatnya seakan-akan terkena ‘histeria’ dengan penampilan baharu Fizziq yang kelihatan lebih matang dan kacak!

Amboi, jangan lebih-lebih pula. Fazziq masih lagi kategori belia remaja lagi tau. Nanti ada pula yang kena sebat.

DIVA: Che Ta kata dia nampak comot kalau pakai jersi. Sebab tiada ‘bling-bling’ agaknya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok