Azizi AF1 tak pondan, cuma kerja!

MESTI ramai yang ingat-ingat lupa dengan penyanyi Azizi yang juga merupakan bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia musim pertama (AF1).

Baru-baru ini, namanya kembali disebut-sebut selepas lama menghilang. Ingatkan sudah tidak aktif menyanyi.

Walaupun tidak lagi muncul dalam kaca televisyen, Azizi masih lagi aktif menyanyi dan menjadi hos di majlis-majlis korporat dan tertutup sahaja.

Khabarnya, penyanyi itu juga mengusahakan butik pengantin. Baru-baru ini, Azizi kembali menjadi sebutan disebabkan penampilannya yang dilihat lebih ke arah feminin.

Diva pun carilah akaun Instagram empunya diri. Boleh tahan juga gaya dan penampilan Azizi semasa memenuhi jemputan membuat persembahan pentas. Boleh ‘tercampak’ Aina Abdul.

Tapi yang tak sedapnya, biasalah mulut netizen. Sehingga ada yang meninggalkan komen menuduh penyanyi itu sebagai pondan. Tak baik!

Azizi bagaimanapun tidak melenting dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya. Dia cuma berpenampilan sedikit ‘aneh’ ketika membuat persembahan pentas sahaja.

DIVA: Diam-diam rupanya pelakon Shaheizy Sam dan isteri, Syatilla Melvin kini berada di Tanah Suci mengerjakan umrah.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok