Amboi baju Ruhainies, mengundang sungguh!

SEBELUM ini Ruhainies pernah terkait dengan isu baju seksi sehingga mendedahkan bahagian lurahnya. Dia kemudian menyatakan akan lebih berhati-hati memilih busana tetapi lain pula jadi baru-baru ini.

Mana tidaknya, terbeliak juga mata Diva melihat gaun labuh yang dipakainya ketika menghadiri sebuah acara di Bangkok, Thailand kerana menonjolkan bahagian dadanya.

Bagi Diva, busana itu agak terdedah dan tidak selari dengan imej Ruhainies yang sebelum ini sangat terjaga. Tertanya-tanya juga dalam hati, adakah dia sendiri sudah semakin terbuka untuk memakai pakaian seksi atau sebaliknya?

Sebelum ini Ruhainies menyalahkan baju ‘inner’ sehingga bahagian dada terdedah tetapi kali ini hendak salahkan siapa pula.

Namun, kalau dia selesa begitu, tidak mengapalah ya. Usia pun semakin dewasa dan boleh menilai mana yang baik dan buruk.

DIVA: Kalau nak banding dengan artis zaman dahulu, lagi sakit kepala lihat pakaian mereka.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok