Apa nak jadi, Fatiya Latiff okey tak?

SEJAK kebelakangan ini, ramai manusia berperangai aneh yang Diva dapat lihat dalam media sosial.

Salah seorangnya ialah pelakon Fatiya Latiff sebab sejak akhir-akhir ini dia sering memuat naik hantaran pelik-pelik dan mengundang kurang senang ramai.

Paling ketara adalah hasratnya hendak ke Gaza, Palestin dan terbaharu, video memaparkan aksinya sedang menari dengan hanya memakai baju kelawar, lengan pendek, berkaca mata hitam dan bertudung. Memang aneh.

Jadi perkara itu membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai tahap kesihatan mental Fatiya, okey atau tidak?

Kalau boleh, Diva tak mahu melabel atau menjatuhkan hukum sesuka hati kepada mana-mana individu. 

Cuma kalau boleh kurangkanlah muat naik perkongsian yang boleh mengundang persepsi buruk orang ramai pada diri  sendiri. Tapis kandungan media sosial sendiri, simpan yang aneh-aneh juga kalau pun ada yang mahu jadi diri sendiri. Pendek kata, berpada-padalah ya.

DIVA: Ada yang kata pelakon Azar Azmi yang lama menghilang kini sudah kahwin dan hidup bahagia.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok