Ameera Khan cantik macam Rapunzel

SIAPA tak kenal dengan si cantik manis, Ameera Khan. Kehidupannya yang serba mewah dan eksklusif selalu menjadi perhatian netizen.

Setiap inci tubuh sehingga rambutnya yang panjang mengurai dan ikal mayang pun dapat pujian pengikut dalam media sosial.

Baru-baru ini, adik kepada selebriti terkenal, Neelofa itu ada berkongsi gambar ketika melakukan aktiviti menunggang kuda.

Apa yang mencuri tumpuan, ramai yang memuji kecantikan rambutnya yang panjang dan ikal. Kata netizen, tak ubah seperti karakter Disney terkenal, Rapunzel!

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Ameera, kelihatan pucuk muda berusia 24 tahun itu mengenakan baju berwarna putih yang dipadankan dengan jeans kelabu.

Memang terpegun semua orang keindahan ciptaan Tuhan itu.

“Cantiknya rambut!” puji seorang pengikutnya.

“Cantik rambut Ameera. Panjang dan lebat,” kata seorang lagi pengikutnya.

DIVA: Ramai puji solekan nikah Datin Atikah Suhaimi. Nampak ringkas, tetapi tetap menyerlah.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok