Intan Ladyana hamil lagi?

SUDAH lama sungguh tidak mendengar cerita tentang aktres Intan Ladyana. Sejak berkahwin dan bergelar ibu, dia memang kurang muncul dalam mana-mana drama apatah lagi filem.

Boleh dikatakan agak sepi daripada radar dunia hiburan dan mungkin dia mahu memberi fokus pada keluarga ketika ini.

Namun, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba muncul sebuah video temu bual sebuah portal hiburan dengan Intan dalam TikTok.

Bukan isi temu bual yang jadi perhatian sebaliknya ramai mendakwa Intan sedang berbadan dua kerana bentuk fizikal saling tidak tumpah seperti wanita hamil.

Perkara itu menjadi perdebatan netizen dalam ruangan komen apabila ada yang mendakwa imej hamil tersebut adalah untuk penggambaran sahaja.

Diva rasa Intan tidak berbadan dua tetapi hanya nampak berisi sahaja atau hamil itu sekadar untuk lakonan. Ingat ya, tidak semestinya hamil hanya kerana badan kelihatan berisi.

Namun, masih ramai yang tetap gembira dan menitipkan doa pada Intan sekiranya dia benar-benar sedang berbadan dua.

Apapun, ramai yang meluahkan rindu nak lihat Intan kembali aktif dalam drama dan filem.

DIVA: Ada yang kata pengurusan Amir Ahnaf melebih-lebih? Terlalu mengawal sedangkan artis okey sahaja.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok