Che Ta ‘sempoi’ makan sosej dalam van

DIVA ingatkan Che Ta jenis memilih tempat makan. Tengok sahaja penampilannya yang sentiasa ‘vogue’, mestilah pelakon jelita itu hanya selesa makan di restoran mewah dan dihidangkan dengan makanan Barat.

Tapi tak sangka sungguh, Che Ta atau Rozita Che Wan rupa-rupanya sangat merendah diri, makan tepi-tepi jalan pun dia okey.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik Che Ta dalam TikTok miliknya, pelakon itu dilihat sedang menikmati makanan berupa roti sosej bersama suaminya, Zain Saidin yang hanya dijual di tepi jalan.

Lebih mencuri tumpuan, pasangan suami isteri itu menjamu selera di dalam van yang menjual roti sosej tersebut disebabkan hujan.

 Walaupun tetap tampil dengan bulu mata palsu dan kasut bertumit tinggi, Che Ta nampak tidak kekok untuk makan di pinggir jalan. Malah adegan makan di dalam van bersama suaminya dikatakan romantik. 

“Seronok tengok Che Ta. Semoga kekal bahagia bersama suami tercinta,” ujar seorang pengikutnya.

“Orang kalau pernah hidup sederhana, tak nampak kekok pun walaupun di tempat begitu (pinggir jalan),” kata peminat.

Diva pun tumpang bahagia melihat kesederhanaan dan kehangatan cinta Che Ta dan Zain. Walaupun hidup kaya-raya, tetap tidak sombong.

DIVA: Tak sangka Azira Shafinaz boleh jadi minah lawak. Siap menang anugerah lagi, tahniah!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok