Beri BCL, Tiko peluang baiki hidup

NAMA Bunga Citra Lestari memang jadi bualan hangat betul minggu ini. Semuanya bermula disebabkan majlis pernikahannya dengan Tiko Aryawardhana.

Kecoh! Ada sahaja cerita pelik yang timbul dicetuskan oleh netizen Indonesia. Habis diselongkar kehidupan lampau BCL dan Tiko.

Bukan itu sahaja, cerita netizen Indonesia paling lucu Diva pernah baca ialah kemunculan seekor lalat hijau dalam foto pernikahan BCL dan Tiko. Kata mereka, itu adalah jelmaan Allahyarham Ashraf Sinclair.

Mengucap Diva baca sebab tak sangka sampai begitu sekali mereka punya imaginasi. Tidak kurang juga ada yang kecewa mengapa BCL tidak bernikah dengan Reza Rahadian dan Ariel Noah. 

Tahap ekstrem mereka nampaknya lebih tinggi berbanding netizen Malaysia. Sepatutnya BCL perlu diberi ruang dan masa dalam hal ini, bukannya terus ‘ditembak’ dengan komen negatif serta merepek sebegitu.

Apapun, Diva puji BCL sebab tidak melatah apatah lagi membalas segala komen negatif netizen.

Diva juga suka lihat hubungan baik dan layanan yang diberikan BCL kepada keluarga Sinclair. Patut jadi contoh!

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat ya BCL dan Tiko!

DIVA: Ramai puji cantiknya rumah Janna Nick dan Dini Schatzmann. Sesuai sangat kalau ada anak nanti.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok