Nora Danish sama seperti orang lain, nampak tua dah!

MENITI usia 40-an, pelakon cantik Nora Danish tidak kisah, malah terbuka menerima komen netizen yang mendakwa dirinya kelihatan semakin dimamah usia.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Nora dalam Instagram, pelakon itu ada berkongsi sebuah video pendek memaparkan aksi wajahnya dalam keadaan ‘manja’.

Ada beberapa pengikutnya kemudian menegur Nora apabila wajahnya kelihatan tua, sesuai dengan usianya sekarang.

“Dah nampak tua,” kata seorang netizen.

Tidak melatah dengan kata-kata tersebut, Nora menganggap perkara yang dialaminya itu tidak perlu dijadikan isu, malah dia sendiri bersyukur.

“Kenapa sedih? Berusia itu pasti,” kata Nora.

Diva puji betul dengan jawapan yang diberikan Nora kerana menerima hakikat bahawa seseorang itu tidak akan muda selamanya.

DIVA: Jadilah seperti Fasha Sandha walaupun hari-hari dikecam seksi, tetap menjadi diri sendiri.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok