Ingatkan ‘minah’ Saleh!

CERITA Eyka Farhana memang jarang kita dengar dalam mana-mana platform, yang selalu muncul adalah kisah cintanya dengan pemain bola sepak, Akhyar Rashid.
Mungkin itu caranya untuk jaga privasi dan tidak terlalu menjaja kisah peribadi untuk meraih populariti.
Namun, baru-baru ini nama Eyka singgah di telinga Diva selepas dia memuat naik sebuah video dalam TikToknya.
Kata teman sekerja Diva iaitu Cik Kuntum, dia hampir tersalah orang dengan menyangka individu dalam video tersebut adalah minah saleh sedangkan wanita itu ialah Eyka.
Semuanya sebab warna rambut perang Eyka selain semakin cantik! Tergelak juga Diva dengar cerita Cik Kuntum itu tetapi tak dinafikan Eyka memang nampak lain dalam video tersebut.
“Warna rambut itu memang sesuai dengan dia, cantik betul!
“Lawa, sudah seperti minah saleh. Ingatkan Ariana Grande tadi,” puji pengguna TikTok.

DIVA: Baguslah Sharnaaz Ahmad dan Azhar Sulaiman dah berbaik. Lebih baik bersatu hati daripada bermusuhan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok