Baju ketat Kilafairy jadi perhatian lagi

NAMA Kilafairy tiba-tiba kembali menjadi sorotan ramai minggu ini apabila muncul dengan busana sendat ke sebuah majlis pelancaran produk.

Ketika teman Diva cerita, tidaklah terlalu percaya tetapi selepas ditunjukkan foto, memang agak mencolok mata ditambah pula Kila kan bertudung.

Bukan hanya busana hijau yang dipakai turut dikritik tetapi beberapa pakaian lain juga mendapat kecaman kerana Kila nampaknya berani menggayakan baju yang agak ketat. Walaupun bertutup, mata netizen lelaki hanya fokus satu perkara sahaja. Memang belanja habis.

Janganlah sebab nak kelihatan cantik, sanggup ketepikan agama dan rela menjadi mangsa hinaan ramai.

Hati-hatilah dalam berfesyen ya Kila, adakalanya tidak salah ambil nasihat ramai supaya jadi individu lebih baik.

DIVA: Sukar betul perjalanan Nadeera untuk dikenali ramai. Dikhianati pula orang yang dipercayai. Sabarlah dik.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok