Ramai kurang senang Ahirine berkemban

KALAU bukan sebab lakonan atau sukan lasak, pasti isu seksi yang sering terpalit pada Ahirine Ahirudin berlalu seperti angin.

Masakan tidak, namanya sekali lagi menjadi bualan selepas dia berkongsi beberapa keping foto dengan imej mencolok mata iaitu gaya berkemban!

Bagi Diva fesyen tersebut seperti sudah menjadi kebiasaan Ahirine tetapi untuk segelintir netizen, tidak sedap mata memandang.

Kata mereka, Ahirine perlu kurangkan memuat naik foto-foto sebegitu sebab risau cerita perihal isu seksi boleh menutup kisah kerjaya seninya.

“Jangan seksi sangat, saya doakan awak akan berubah,” komen netizen.

Selain imej seksi, rantai bentuk imej daun clover turut menjadi bahan perdebatan netizen dalam ruangan komen yang mendakwa kelihatan seperti lambang salib.

Sebab satu gambar, macam-macam isu muncul ya, sabar sajalah.

DIVA: Bila agak-agaknya rumah banglo Shila Amzah akan terjual? 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok