Netizen tak percaya Jihan akan ‘insaf’ membahan orang

WALAUPUN sudah membuat permohonan maaf selepas mempersendakan nama bapa kepada penyanyi Azmi Saat, nampaknya netizen masih tidak berpuas hati lagi dengan Jihan Muse.

Sebab rata-rata percaya, permohonan maaf Jihan itu cuma sementara. Eh! Ingatkan Diva seorang sahaja yang fikir perkara sama.

Ramai netizen beranggapan bahawa pengacara itu bakal mengulangi lagi kesalahan sama. Biasalah, bila dah ‘syok’ bercakap atas pentas, kadang-kadang boleh terlepas cakap.

Dalam Instagram, ramai netizen menganggap permohonan maaf Jihan itu hanya sementara kerana percaya selepas ini dia akan mengulangi perkara sama.

“Buat salah, minta maaf. Lepas tu buat lagi,” kata seorang netizen.

“Bosan. Minta maaf, nanti buat lagi,” ujar seorang lagi netizen.

Buat Jihan, jadilah pengacara yang bijak. Kurang-kurangkanlah membahan orang lain kerana tidak semua perkara boleh dijadikan bahan lawak. Harap jangan ulangi perbuatan sama.

DIVA: Pelakon Zahirah Macwilson akhirnya padam gambarnya bersama bintang Israel, Gal Gadot dalam Instagram.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok