Elisya Sandha cun habis, dah macam JLo!

SEKALI pandang macam Jennifer Lopez! Tak berkelip mata Diva memandang foto yang dimuat naik Elisya Sandha dalam Instagramnya baru-baru ini.

Memang lain sungguh wajah Elisya, sebab bukan Diva sahaja nampak seperti JLo tetapi netizen pun ada pendapat yang sama.

Difahamkan Elisya mempromosikan sebuah jenama jam tangan mewah untuk hantaran tersebut.

“Sumpah ingatkan JLo tadi rupa-rupanya artis Malaysia.

“Cantiknya Elisya, macam JLo. Lain betul!” puji netizen.

Selain JLo, ada juga yang berpendapat wajah Elisya seperti Priyanka Chopra. 

Untung jadi orang cantik, yang disamakannya juga semua wanita jelita belaka.

DIVA: Kepada beberapa artis berstatus janda, tolonglah ‘senyap’ sebentar. Bosanlah asyik canang cerita rumah tangga yang dah terkubur.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok