SPEKULASI terus bertebaran, nama penyanyi Kim Jong-kook kembali memanas apabila timbul dakwaan bahawa dia sudah berkahwin dan mempunyai anak di Amerika Syarikat (AS).
Semuanya tercetus selepas rakan selebriti, Harimu mendedahkan bahawa dia pernah bertemu dengan ahli Running Man itu di California, Los Angeles.
Aku sebenarnya bertemu Kim Jong-kook di California,” ujarnya dalam satu rancangan temu bual yang turut dihadiri lelaki bertubuh sasa itu.
Mendengar kenyataan tersebut, Jong-kook kelihatan terkejut dan cuba mengalihkan perhatian.
Tindak balas paniknya menambah lagi kecurigaan kononnya penyanyi itu mungkin telah berkahwin dan menetap bersama keluarganya di AS.
Desas-desus mengenai penyanyi berusia 48 tahun yang dikatakan memiliki pasangan di luar negara bukanlah perkara baharu.
Pada 2017, Cha Tae-hyun pernah membangkitkan khabar angin tersebut yang dikuatkan dengan dakwaan seorang penonton Running Man mengaku pernah terserempak dengan Jong-kook bersama seorang wanita di Amerika.
Bagaimanapun, dia mengesahkan bahawa khabar angin itu palsu dan tiada kesahihan yang tepat.