TERUS dihimpit kontroversi, kini pelakon Han So-hee didakwa menipu umur dengan menukar tahun kelahiran dalam profil rasmi yang disiarkan agensi naungannya.
Perbuatan tersebut terbongkar setelah tular dalam laman komuniti Korea yang memaparkan tahun kelahiran aktres jelita itu berbeza dalam profil rasmi agensi dan senarai nombor pendaftaran penduduk Korea.
Menerusi laman dan senarai nombor pendaftaran penduduk tersebut, tahun kelahiran So-hee ialah 1993 dan bukan 1994 seperti mana yang disiarkan sebelum ini.
Menjawab mengenai isu tersebut, syarikat agensi So-hee tampil menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.
Ketika dia (So-hee) darjah 4, dia terpaksa berpindah ke Ulsan kerana ibunya terbabit dalam kesalahan undang-undang.
“Dia tidak dapat meneruskan pelajarannya selama setahun selepas ibunya dipenjara barulah dia kembali ke Wonju dan mendaftar kembali di darjah 4,” katanya menerusi satu kenyataan.
Dalam pada itu, agensi So-hee juga memberitahu pelakon itu sedih apabila mengetahui perkara ini menjadi tular.
Han So-hee berasa sedih ketika mengetahui perkara ini. Kami ingin menegaskan perkara ini tidak ada kaitan dengan So-hee kerana berlaku akibat tindakan ibunya,” ujarnya.