Sanggup menipu demi melariskan buku jualan, seorang individu tergamak mendakwa dirinya merupakan bapa kepada anggota kumpulan Blackpink, Jennie.
Lebih mengelirukan, individu terbabit memberitahu, dia dan pelantun lagu Solo itu sudah lama terpisah sejak penyanyi itu masih kecil.
Menangkis segala penipuan, syarikat pengurusan Jennie, AO Entertaiment menegaskan dakwaan yang dibuat lelaki itu adalah palsu dan rupa-rupanya hanyalah taktik melariskan jualan bukunya.
Pihak mereka juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan atas kesalahan menyebarkan berita palsu.
Kami ingin menjelaskan bahawa semua perkara di atas tidak betul dan buku yang diterbitkan tidak ada kaitan dengan Jennie.
“Kami telah memfailkan saman jenayah terhadap pengedar buku ini atas penyebaran maklumat palsu, fitnah, dan gangguan perniagaan
Tindakan individu itu adalah jenayah yang jelas dan kami dalam usaha untuk mengumpul kesemua bukti,” jelasnya.