Hwasa tolak cinta, mahu fokus karier

MASIH solo meskipun sering digosipkan dengan ramai lelaki termasuk ahli perniagaan terkaya Korea Selatan, anggota kumpulan Mamamoo, Hwasa enggan memikirkan perihal cinta sebaliknya ingin terus fokus membina karier.

Ujar idola berusia 29 tahun itu, dia percaya takdir bakal menentukan segala-gala buatnya dan yakin lelaki terbaik akan tiba tepat pada waktunya.

“Saya malas mahu fikir tentang cinta, saya tidak tahu. Kalau orang baik datang, bukankah itu akan terjadi secara alami dan sesuai pada waktunya, hanya tinggal untuk jalani sahaja.

“Buat masa sekarang, biarlah saya fokus karier dan memperbaiki kelemahan diri yang ada,” ujarnya menerusi satu rancangan temu bual. -HIGLAM 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok