Suga didesak keluar BTS

TERPALIT pelbagai kontroversi, anggota kumpulan  BTS, Suga nampaknya terpaksa menerima hakikatnya dirinya dibenci ramai peminat. 

Sebagai tanda protes, ramai peminat BTS menghantar jambangan bunga di hadapan bangunan syarikat pengurusannya, Hybe.

Protes yang bermula sejak Selasa lalu dibuat bagi memaksa idola berusia 31 tahun itu meninggalkan BTS kerana sudah mencemarkan nama baik kumpulan berkenaan.

Mereka turut menggesa pihak Hybe mengambil tindakan tegas terhadap Suga. 

“Protes ini diadakan kerana tiada tindakan diambil pihal Hybe selepas Suga mengeluarkan kenyataan palsu.

Suga keluar BTS sekarang! Awak telah mencemarkan nama baik BTS, awak tidak layak digelar idola dengan perangai buruk itu,” antara tulisan di jambangan bunga tersebut.

Sebelum ini, Suga menjadi bualan hangat ramai apabila ditahan pihak berkuasa selepas menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk pada 6 Ogos lalu.

Penyanyi itu kemudian dibebaskan di bawah pengawasan polis dan dikenakan denda sereta lesen memandunya turut dibatalkan.

Belum reda isu tersebut, Suga didakwa sering mengelat ketika mengikuti latihan ketenteraan dan ada cubaan membuli di dalam kem.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok