Selalu tukar kanta lekap, Ahyeon tak reti bersyukur 

Gara-gara kerap memakai kanta lekap pelbagai warna ketika tampil membuat persembahan, anggota kumpulan BabyMonster, Ahyeon dikecam netizen selain disifatkan tidak bersyukur dengan keindahan mata asli kurniaan Tuhan.

Ramai netizen berpendapat idola berusia 17 tahun itu tidak yakin dengan kecantikan aslinya dan seperti ingin menyembunyikan wajah sebenar menerusi kanta lekap dan mekap yang tebal.

Kenapa dia sentiasa pakai kanta lekap? Padahal mata aslinya jauh lebih cantik, adakah dia tidak bersyukur dengan ciptaan Tuhan,” komen netizen itu.

“Tolong sesiapa beritahu dia bahawa mata aslinya 10 kali ganda lebih cantik, tidak perlu sentiasa pakai kanta lekap setiap kali buat persembahan,” komen netizen.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok