Sarapan Ahn Jae-hyun cuma 7 biji tomato ceri

Demi kelihatan segak dalam keadaan fizikal yang terbaik, pelakon Ahn Jae-hyun mendedahkan dirinya mengamalkan diet ekstrem dan senaman secara konsisten.

Kata jejaka berusia 37 tahun itu, dia perlu konsisten menjaga pemakanan memandangkan berat badannya muda naik secara mendadak meskipun hanya menjamah sedikit makanan.

“Jujurnya, saya memang lakukan diet ekstrem dan sangat menjaga pemakanan. Berat badan saya naik dengan mudah berdasarkan apa yang saya makan.

“Pada waktu pagi, saya hanya makan kira-kira tiga hingga tujuh biji tomato ceri sahaja. Itu juga memudahkan saya ketika penggambaran kerana saya tidak mempunyai masa untuk pergi ke bilik air, dan perut saya berasa lebih baik apabila kosong.

Kalau makan malam, saya cepat-cepat makan sebelum pukul 6 petang dan kemudian tidur. Itu pun saya hanya makan tauhu,” dedahnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok