Nama anggota kumpulan Seventeen, Mingyu meledak dalam media sosial gara-gara foto terbaharunya menampakkan bahagian ‘six pack’ yang mengundang komen nakal netizen.
Menurut satu laporan, idola berusia 27 tahun itu telah terpilih sebagai duta kempen jenama antarabangsa, Calvin Klein.
Menerusi foto tersebut, jejaka kacak itu menyerlahkan karismanya selain menampilkan visual memikat yang merangkumi estetika berani dan moden.
Mingyu juga mempamerkan sosok tubuh kekar dan nampak seksi apabila menggayakan jaket denim yang tidak dibutangkan.
Terpesona dengan penampilan penyanyi tinggi lampai itu, ruangan komen foto tersebut dihujani pelbagai komen dan usikan nakal netizen.
Cantiknya badan Mingyu, kalau lah saya ada teman lelaki sepertinya, memang saya bersyukur seumur hidup. Sederhana tapi sudah cukup kuat untuk buat saya cair,” komen netizen.
“Kahwini saya. Demi Tuhan, saya janji akan berikan awak hidup yang bahagia selama-lamanya. Kacak sungguh idola yang satu ini,” demikian komen seorang lagi netizen.