Tiada angin tiada ribut, pasangan sensasi Gong Min-jeong dan Jang Jae-ho dilaporkan bakal berkahwin pada September depan.
Perkara tersebut disahkan sendiri Min-jeong, 38, yang turut memberitahu majlis perkahwinan mereka itu bakal diadakan secara tertutup
Kami akan mengadakan perkahwinan secara tertutup dengan hanya dihadiri kawan rapat dan keluarga,” katanya
Sementara itu, Jae Ho, 38, turut berkongsi berita gembira tersebut dalam Instagram miliknya dan berharap orang ramai mendoakan yang terbaik.
Min-jeong berkata, dia dan bakal suaminya itu sudah mengenali antara satu sama lain sebelum bergandingan dalam drama Marry My Husband.
Hubungan yang bermula sebagai rakan sekerja itu kemudian perlahan-lahan bertukar sayang sehingga sepakat untuk menyimpul kasih sebagai pasangan suami isteri.