MASANYA sudah tiba, terbaharu anggota kumpulan E’LAST, Choi In sudah disahkan menjalani latihan ketenteraan wajib bermula 2 September ini.
Perkara tersebut diumumkan agensi idola itu, E Entertainment yang dalam masa sama meminta peminat Choi agar mengharapkan yang terbaik buat artis kesayangan mereka.
Choi In telah dipanggil untuk menjalani latihan tentera dan dia akan mendaftar sebagai askar bertugas aktif pada 2 September nanti,” kata agensi terbabit.
Idola berusia 28 tahun itu telah berehat daripada promosi kumpulannya sejak tahun lepas atas sebab peribadi, namun berjanji akan kembali aktif dalam industri seni setelah tamat latihan tenteranya nanti.
“Saya akan menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dan berjanji akan kembali menyanyi selepas tamat latihan.
Teruskan menyokong dan harap kalian bersabar menunggu saya selesai melunaskan tanggungjawab buat negara,” ujar Choi In.