The Auditors realiti hitam juruaudit

THE Auditors antara K-drama paling dinanti-nantikan tahun ini. Lari daripada tema klise, drama ini berjaya mencetus perbincangan hangat serta ulasan positif daripada pengkritik dan penonton sejak mula ditayangkan kepada umum.

Meskipun mengetengahkan kehidupan sekumpulan juruaudit, naskhah arahan Kwon Young-il dan Joo Sang-gyu itu menjanjikan plot penuh aksi, komedi, misteri dan konflik yang mendebarkan jiwa penonton.

Dibintangi bintang hebat, Shin Ha-kyun yang melakonkan watak Shin Cha-il, ketua pasukan audit yang tegas dan berprinsip.

Konflik mula tercetus apabila Syarikat JU Construction sering berdepan kehilangan wang sehingga berbilion won. 

Di situlah, bermulanya tanggungjawab Cha-il dan pasukannya dalam menyelidik setiap butiran penyelewengan wang yang akhirnya membongkar rahsia syarikat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok