Peminat tak selesa tengok Gong Yoo melutut

BERSUJUD di atas meja selepas menerima banyak hadiah daripada peminat sempena ulang tahun kelahiran ke-45, pelakon Gong Yoo dikecam teruk selain perbuatannya itu disifatkan keterlaluan.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, pelakon filem Train To Busan itu menerima puluhan jambangan bunga, kek coklat dan pelbagai lagi hadiah daripada peminat setianya.

Namun, apa yang membuat peminatnya tidak selesa, Gong Yoo dilihat bersujud di atas meja sebagai tanda terima kasih kepada pemuja bakatnya yang tidak jemu-jemu menyokong kariernya sehingga ke hari ini.

“Macam keterlaluan pula sampai bersujud, rasanya kalau ucap terima kasih sudah memadai, tapi begitulah pelakon, tetap berlakon terpaling baik sampai perlu sujud,” komen netizen itu.

“Macam tiada adab, janganlah duduk atas meja makan. Itu kan tempat untuk makan. Berpada-padalah mahu menghargai peminat pun,” demikian komen seorang pengguna media sosial.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok