Leehan diserang penyakit kulit

KESIHATAN merosot, anggota kumpulan BoyNextDoor, Leehan terpaksa direhatkan daripada  melakukan sebarang persembahan mahupun promosi kerana menghidapi penyakit keradangan kulit.

Perkara tersebut diumumkan agensi Leehan iaitu KOZ Entertainment yang meminta peminat dan orang ramai mendoakan idola berusia 19 tahun itu kembali pulih.

“Leehan akan berehat daripada promosi kerana keradangan kulit. Dia akan berehat dan tidak akan terlibat dalam sebarang persembahan termasuk pada 2024 Tencent Music Entertainment Awards, Venue101 dan TheMusiQuest.

“Teruskan memberi sokongan dan doakan dia lekas sembuh dan boleh beraksi kembali,” ujar label terbabit. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok