Lee Min-ho pun kena ‘body shaming’

Gara-gara perubahan fizikal muncul dalam sebuah iklan produk kecantikan, pelakon Lee Min-ho dihujani kritikan dan penghinaan netizen.    

Berbeza daripada penampilan sebelum ini, aktor berusia 37 tahun itu kelihatan berisi menerusi iklan tersebut.

Berbeza sungguh, nampak lebih berisi hingga hilang ketampanan. Lee Min-ho dan jadi muka awam,” komen netizen. 

“Jadi duta produk kecantikan tapi Min-ho gemuk dan buruk dalam iklan ini,” demikian komen seorang pengguna media sosial

Pun begitu, ada juga peminat tampil membela idola kesayangan mereka itu dengan menyalahkan jurukamera kerana tidak memilih sudut yang baik ketika merakam gambar.

Ini salah jurukamera, tak pandai cari sudut yang kelihatan lebih runcing, sengaja mahu rosakkan reputasi Min-ho,” luah peminat itu.

Meski dihina, aktor terkenal itu dilihat mengambil pendekatan berlapang dada dan tidak ambil pusing dengan kata-kata netizen. 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok