Hwon didakwa jadi gigolo?

Tiada angin tiada ribut, nama anggota kumpulan The Kingdom, Hwon meledak dalam media sosial apabila didakwa bekerja sambilan di sebuah bar di Seoul, Korea Selatan.

Lebih mengejutkan, terdapat individu yang mendakwa idola berusia 22 tahun itu turut menjadi peneman kepada pelanggan wanita di bar atau pun bilik karaoke dengan bayaran tertentu.

Tidak cukup dengan itu, individu tersebut turut mendakwa Hwon adalah gigolo di kelab tersebut selain pernah menjalani hubungan intim dengannya dan beberapa pelanggan lain.

“Nama sebenar dia Shim Yeong-joon dan bekerja di bar. Awak pegang dua kerakyatan dan dikecualikan daripada khidmat tentera, bukan?

“Awak tidur dengan saya sepanjang malam kemudian tidur dengan orang lain pada keesokan harinya,” dedah wanita berkenaan.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok