Cha Eun-woo, Rose hangat bercinta?

Tiada angin tiada ribut, nama anggota kumpulan Blackpink,  Rose meledak dalam media sosial apabila dikhabarkan sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi Cha Eun-woo.

Bibit percintaan mereka mula dihidu peminat apabila pasangan berkenaan kerap berkongsi beberapa hantaran hampir  sama menerusi Instagram masing-masing.

Kendatipun tidak berkongsi secara terang-terangan, peminat menyedari pasangan berkenaan sentiasa berada di lokasi sama pada waktu yang sama.

Lebih menguatkan spekulasi apabila Eun-woo sebelum ini dilihat menghadiri after party Blackpink selepas kumpulan itu melakukan persembahan di Coachella tahun lalu.

Kali terakhir pasangan itu dilihat bersama sekitar April lalu apabila memuat naik video di sebuah galeri seni di Jepun.

Bagaimanapun sehingga kini peminat masih belum menemui foto mereka bersama.

Baik agensi Rose mahupun Eun-woo, kedua-dua mereka diam membisu seakan enggan mengulas lanjut mengenai hubungan artis naungan mereka. 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok