Berbikini, Clara Lee dikecam teruk

GARA-GARA memuat naik foto berbikini dan mencolok mata, pelakon Clara dihambur caci maki netizen yang menyifatkannya sebagai perempuan murahan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga netizen yang berpendapat, aktres berusia 35 tahun itu sengaja mencari perhatian disebabkan sendu tanpa tawaran berlakon.

“Begitulah artis, kalau sudah sendu, ada sahaja perkara yang dibuat untuk dapatkan perhatian orang ramai. Dasar perempuan murahan,” komen netizen itu.

“Mahu kata lawa, ramai lagi artis lain yang lawa, terpaksa tayang badan yang tidak seberapa itu demi nama meledak dan disebut-sebut, kasihan,” demikian komen seorang lagi netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok