Hebat! Lagu Jungkook lebih 2 bilion penstriman

LAGU Jungkook distrim paling banyak dalam Spotify meski anggota kumpulan BTS itu kini terikat dengan latihan ketenteraan.

Menerusi perkembagan terbaharu, Spotify melaporkan lagu dan album idola berusia 26 tahun itu berjaya melepasi 2 bilion penstriman sepanjang tahun ini.

Malah pada Mac lalu, Jungkook telah merekodkan sebanyak 1 bilion penstriman dan dalam tempoh tiga bulan, jumlah itu meningkat menjadi 2 bilion.

Pada masa ini, Jungkook mempunyai lima lagu dengan lebih 500 juta strim, tiga lagu (600 juta strim), dan tujuh lagu (300 juta strim).

Rekod mengagumkan itu sekali gus membuktikan Jungkook makin popular dan berpengaruh bukan sahaja di negara sendiri bahkan di peringkat global.

Jungkook kini seronok menikmati rutin hidupnya di kem tentera dan dijangka tamat menjalani latihan pada Jun 2025. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok