Fesyen ‘on point’ Asa dilambung pujian

NAMA anggota BabyMonster, Asa meledak dalam media sosial baru-baru ini selepas menggayakan fesyen Y2K dan meraih pujian melambung.

Idola muda itu mempamerkan satu siri pakaian yang menonjolkan estetika awal 2000-an dengan menggabungkan nilai nostalgia dan moden.

Mempunyai aura tersendiri, idola berusia 18 tahun itu disifatkan rata-rata netizen sebagai jelmaan baharu seniornya iaitu anggota kumpulan Blackpink, Lisa.

“Asa memang pandai dalam menggayakan apa jua fesyen. Dia mengingatkan saya pada Lisa yang sentiasa tampil unik dan membuatkan mata semua orang tertumpu kepadanya,” komen netizen itu.

“Cantiknya Asa macam seniornya Lisa, semua orang boleh berfesyen tapi hanya segelintir sahaja boleh ‘carry’ imej itu seperti Asa dan Lisa,” demikian komen netizen itu.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok